50 ANGGOTA PENGUATKUASA GEMPUR ILIM BESUT
- cheqiimpower
- Sep 20, 2017
- 1 min read
Tahniah kepada penguatkuasa sebuah organisasi di Kelantan kerana menggunakan khidmat kepakaran kami.
20 September 2017, Besut
Pusat latihan ILIM Besut digempur oleh 50 orang pegawai penguatkuasa sebuah organisasi di Kelantan. Gempuran ini membawa makna tersendiri buat mereka selaku pegawai muda penguatkuasa. Kerjasama pasukan dan kreativiti membina pasukan telah berjaya diserlahkan oleh mereka semua.

...kelas pembelajaran interaktif & tepati kehendak pelanggan...
Smart Excel Consultant, selaku pakar perunding pembangunan prestasi diri berorganisasi diberi tanggungjawab mengendalikan program yang berorentasikan kepada gempur minda, emosi dan qalbu penguatkuasa demi perubahan & peningkatan prestasi berganda di organisasi mereka.
Hj. Mohd Shukri Hushin, selaku jurulatih program berkata, "Untuk mencapai TUJUAN pembinaan pasukan yang mantap dikalangan mereka, pematuhan terhadap syariat Allah perlu diutamakan. Integriti sebagai penguatkuasa menjadi asas utama di dalam setiap gerak kerja mereka."

...meneruskan perbincangan bersama 'bos' mereka di pusat perundingan kami...
Pandangan beliau disokong oleh Hj Khaeril Anuar selaku Jurulatih Utama SEC. Beliau berkata, "Penerapan psikologigunaan seperti NLP dapat membantu pegawai penguatkuasa untuk mengatur dan mengurus kembali cara mereka berfikir, berkomunikasi dan bertingkahlaku. Hati perlu bersih apabila menjalankan kerja bersamamasyarakat'.

..biarkan gambar berkata-kata...
Program berimpak tinggi ini melibatkan pembelajaran membina dan mengukuh INTEGRITI DIRI & PASUKAN PENGUATKUASA. Kerana, seringkali kita mendengar rungutan orang awam terhadap cara penguatkuasa melayan mereka dan juga isu-isu berkaitan salah laku seperti RASUAH dan sebagainya.
Syabas dan tahniah kerana kalian adalah penguatkuasa yang mahu bersama kami membongkar rahsia besar diri di dalam mengupaya integriti diri secara jangka panjang.
Pasukan pakar kami boleh dihubungi untuk program seperti ini melalui talian +6019-2044036 (Che Qiim) / +6019-3897580 (Mr K).www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my
Comments