INSAN KEKELUARGAAN SELANGOR 2017
- CHt Che Qiim
- Aug 14, 2017
- 2 min read
Petanda Keseronokan Berganda Diri Peserta INSAN Kekeluaragaan Yang Diuruskendali Oleh Smart Excel Consultant
Klang,13/08/2017
Apabila anda mendengar perkataan 'keluarga', apakah yang tergambar di dalam pemikiran anda ? Apakah yang anda mahukan disebalik sebuah keluarga ? Anda mahu keluarga bahagia ? Jika mahu, bahagia yang bagaimana anda mahukan ?
Program INSAN Kekeluargaan anjuran Jawatankuasa Pendidikan & Modal INSAN Selangor yang diuruskendali oleh pihak kami telah mendapat 'sambutan luar jangka' dikalangan warga Selangor. Sejak program ini dilaksanakan pada tahun 2008 hingga kini (dahulu dikenali sebagai SPIES), permohonan warga Selangor untuk menyertai program ini amatlah memberangsangkan khususnya kluster kekeluargaan.
INSAN kluster kekeluargaan yang dikendalikan oleh pasukan kami telah memberikan tumpuan kepada modul :-
(1) IHES (Integrated Holistic Educational System) ; aplikasi di dalam kehidupan bekeluarga. Model IHES ini telah diasaskan oleh Bro. Hasni, selaku pengetua Sekolah Antarabangsa Adni, Ampang. Beliau telah mengkaji model pembangunan insan ini selama lebih 30 tahun dan telah digunapakai ke peringkat antarabangsa. Model ini menekankan kepada 3 elemen utama dan perlu diterapkan ke dalam diri keluarga iaitu (IHeD), (IHeC) dan (IHEcs).
Para ibu bapa dan pasangan suami isteri didedahkan selama 2 hari 1 malam kepada pembelajaran berasaskan 'LEARNING BY DOING'. Ianya meliputi bagaimana cara untuk membina semula 23 potensi diri yang sedia ada anugerah Illahi yang terpendam di dalam diri. Selain itu, para peserta belajar teknik-teknik komunikasi NLP yang dapat digunakan di dalam mengurus ahli keluarga.
2 hari 1 malam diberikan PERCUMA ini adalah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi melihat komuniti keluarga berkembang dengan sihat dari aspek hati, pemikiran, emosi dan tingkahlaku. Negara menjadi sejahtera bermula dari sebuah keluarga. Keluarga yang mengamalkan syariat Illahi pasti mendapat keberkahan dariNYA di dunai dan akhirat.
Tahniah kepada semua peserta INSAN Kluster Kekeluargaan kerana memberikan kerjasama yang padu di dalam program ini. "Che Qiim, Mr K...jika ada program advance, kami nak joint.", kata salah seorang peserta kami.
Biar Gambar Berbicara
Comments