Urus Kemarahan Diri Kaedah Hipnoterapi
- CHt Che Qiim
- May 21, 2017
- 2 min read
* Apakah anda pernah melihat kes kemarahan dikalangan masyarakat kita samada secara berdepan atau melalui dada-dada akhbar ?
*Apakah anda pernah mendengar kes 'wanita menikam suaminya' kerana cemburu buta ?
*Apakah anda masih ingat lagi kes individu yang tak dapat kawal emosi kemarahannya hingga mengakibatkan sebuah kereta milik 'uncle berbangsa cina' remuk dihentam oleh individu tersebut ?
*Apakah anda pernah mengalami situasi marah terhadap seseorang hingga berlaku pertengkaran dan akhirnya mengakibatkan 'emosi diri anda dan individu tersebut cedera'?
Emosi marah jika digunakan pada tempatnya yang betul, pasti anda mendapat manfaatnya. Namun, akhir-akhir ini, ramai kalangan warga kita sering menyalurkan emosi marah mereka dengan cara yang kurang tepat. Ada yang sanggup memaki hamun orang dan tak kurang juga ada yang sampai hati 'menjahanamkan aset sendiri dan orang lain'.
Daniel Golemen, dalam bukunya Emotional Intelligence (1994) menyatakan bahwa “sumbangan IQ bagi kejayaan diri seseorang hanya sekitar 20 % dan bakinya adalah 80 % ditentukan oleh serumpun faktor-faktor yang disebut Kecerdasan Emosional.
Manakala bagi menjayakan kecerdasan Emosi seseorang, ianya memerlukan kepada kecerdasan Spiritual (dalaman). Danah Zohar, pengasas istilah SQ (Kecerdasan Spiritual) dikatakan bahawa IQ bekerja untuk melihat ke luar (mata fikiran), dan EQ bekerja mengolah yang ada di dalam (perasaan), maka SQ (spiritual quotient) menunjuk pada keadaan ‘pusat-diri dalaman’ ( Danah Zohar & Ian Marshall: SQ the ultimate intelligence: 2001). Kecerdasan ini adalah kecerdasan yang mengangkat fungsi jiwa dalaman diri yang memiliki kemampuan dan kepekaan dalam melihat makna yang ada di sebalik apa yang berlaku.
Maka, bagaimana dengan emosi marah anda ? Apakah kemarahan yang anda alami ini ada kaitan dengan kecerdasan emosi diri atau bagaimana ? Apakah anda sudah bersedia untuk mengetahui apakah itu emosi marah, jenis -jenis kemarahan diri dan bagaimana untuk menyelesaikannya ?
Nantikan kupasan lanjut berkaitan isu ini pada hari Isnin, 19/01/2015, jam 08.45 pagi di RTM 1, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan bagaimana menguruskannya melalui kaedah rawatan Hipnoterapi & diakui pengamalannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) dari aspek merawat jiwa dan mental secara alternatif. Hubungi talian hotline kami untuk bercakap terus bagi menyelesaikan permasalahan emosi anda mulai sekarang.
Comments