301 Hari Berjuang Untuk Hidup
- CHt Che Qiim
- May 25, 2017
- 2 min read
Tribute buat allyarhamah anakkandaku Nur'ain Afiyyah bt Mohd Mustaqiim
(28hb Sya'ban 1437-28hb Sya'ban 1438H)
Orang yang berkahwin pasti menginginkan zuriat yang soleh dan solehah. Cuba kita tanya pada pasangan yang baru atau lama berkahwin, ‘apakah mereka menginginkan zuriat ? Zuriat yang bagaimana diinginkan oleh mereka ?’. Ada zuriat dilahirkan dalam keadaan sempurna dan ada pula disebaliknya.
05/08/2015 menyaksikan seorang anak kecil lahir dengan berat 560 gram dii Hospital Selayang. Kelahirannya disambut dengan penuh rasa syukur. Syukur pada illahi atas kurniaan zuriat ini . Namun, apakan daya takdir menentukan segalanya. Zuriat ini dimasukkan ke dalam Wad NICU untuk penjagaan rapi.
Maka, bermulalah kehidupan anak kecil ini dengan aturan rabbul ‘izzati. Anakanda Nur’ain ‘’Afiyyah mengharungi kehidupannya di dalam rumah yang kecil dengan dikelilingi wayar beserta bekalan oksigen. Doktor mengesahkan bahawa serikandi kecil ini mengalami kerosakkan paru-paru yang kronik. Paru-parunya tidak tumbuh berkembang seperti kanak-kanak normal.
Pelbagai keadaan yang mencemaskan berlaku selama 10 bulan beliau berada di wad jagaan rapi (NICU). Ibu dan ayahnya menerima panggilan telefon dari hospital dan menyatakan keadaan serikandi yang tenat ketika itu. Namun, kekuasaan Allah mengatasi segala-galasnya. Saat ibu dan ayahnya menghampiri tubuh comel itu, matanya terbuka luas dan dalam keadaan merenung kebesaran Illahi. Matanya bersinar apabila dilaungkan kalimah Allah ditepi telinganya. Allahu akhbar.
Namun, panas yang diharapkan tiba-tiba hujan ditengah jalan. Dengan keadaan beliau yang semakin lemah dan serangan demam panas secara mengejut, akhirnya pada 28 Sya’aban 1437, serikandi ini dijemput Illahi dalam keadaan tenang.Harapan ibunya untuk melihat dia terus hidup seperti kanak-kanak biasa tidak kesampaian.
Namun, sang suami telah menitipkan kata-kata pada isterinya, “Sayang, sekarang anak syurga ini telah berada disana dengan aman.Justeru, redhakan ianya pergi menghadap penciptaNYA. Sekurang-kurangnya Tuhan telah beri kesempatan pada kita untuk bersamanya selama 10 bulan.
Maka, HARAPAN KITA HANYA PADA ALLAH untuk MENUKARKAN RASA SEDIH ini kepada KEGEMBIRAAN yang KEKAL ABADI disana. AL-FATIHAH.
-CHT Che Qiim[ MENUKAR UJIAN SEBAGAI SEBUAH RAHMAT ]-
*Dek kerana inspirasi yang tinggi di dalam diri & kesabaran menghadapi ujian ini, awal 2017 dikurniakan oleh illahi anak yang ke-3 kami. Moga kandungan ummimu sihat dan dibawah jagaan illahi. Allahumma amin*
Comments