top of page
MENGINSPIRASI MASA DEPAN ANDA

Tahniah kepada anda kerana melayari web ini. Tugas kami disini adalah menginspirasi masa hadapan anda melalui pengurusan prestasi diri secara optima. Kami mempunyai kepakaran yang UNIK & TERSENDIRI di dalam membangun INSAN secara HOLISTIK.

take control of

YOUR LIFE.

 

Jalani kehidupan harian anda dengan MUDAH, TENANG dan SISTEMATIK. Anda dapat mengawal diri anda dengan mengawal PEMIKIRAN & PERASAAN anda mulai sekarang ! Anda boleh mengubah kehidupan diri anda melalui cara-cara yang UNIK. Kawalan diri anda adalah segala-galanya.

stop talking
START LIVING.

Berhentilah dari banyak bercakap perkara yang negatif. Mulakan hidup baharu dengan berfikir positif. Sebahagian orang merasakan menyebut sesuatu positif tentang diri di hadapan orang lain seolah-olah kita menunjukkan yang bukan-bukan tentang diri sendiri. Atau mungkin juga kita tidak padan untuk menilai diri kita dengan sesuatu yang baik memandangkan terlalu banyak perkara negatif dalam diri kita.

Inilah yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan kita. Kita lebih mudah mencari apakah sikap negatif diri daripada melihat di manakah sikap positif kita. Jadi jangan pelik apabila kita menilai orang lain kita lebih cenderung dalam melihat peribadi mereka yang negatif terlebih dahulu berbanding sikap positif mereka. Dan perkara ini bukan mudah untuk kita anjakkan kerana telah sebati dengan pemikiran masyarakat kita.

Tapi sebenarnya kita perlu mencari apakah sikap positif dalam diri kita. Mengenal diri sendiri bukan sekadar melihat kelemahan diri sepanjang masa. Maksud muhasabah diri bukanlah bererti kita hanya menilik kekurangan diri sebaliknya perlu juga mencari di manakah sikap positif diri sebagai satu motivasi. Tanyalah diri anda? Apakah sikap positif dalam diri anda?

Andalah yang paling layak melihat diri anda, sama ada kekurangan atau kelebihan kerana jika orang lain yang memberikan penilaian kadangkala persepsi mereka berbeza melalui apa yang dilihat melalui mata kasar mereka. Tetapi andai diri anda sendiri yang menilai anda boleh melihat keseluruhan diri anda, dalam dan luar, zahir dan batin.

Untuk melihat sikap positif dalam diri anda, sekarang ambil sehelai kertas A4 dan sebatang pen. Tarik nafas..cuba renungkan siapa diri anda..dan apakah sikap positif yang membantu anda sehingga ke hari ini? Kemudian tulislah di atas kertas tadi. Anda akan dapati begitu banyak sikap positif yang boleh membantu anda menjadi lebih berjaya. Gunakan kesemua sikap positif ini untuk anda membina satu kehidupan baru yang lebih positif.

Free Consultation

Success! Message received.

Discover

Your Greatest Self.

​

1- Jadilah diri anda sendiri.

2- Ketahui kekuatan diri anda.

3- Mulakan berfikir positif.

4- Menjadi diri yang bahagia.

5- Menjadi diri yang terbuka.

6- Bersaing dengan saingan yang sihat.

7- Salurkan potensi diri anda.

8- Carilah mentor yang boleh mengajari anda sehingga sukses.

9- Yakin pada kebolehan diri.

TAKE BACK

YOUR LIFE.

 

1. “Tanpa sasaran dan rencana meraihnya, Anda seperti kapal yang berlayar tanpa tujuan.” – Fitzhugh Dodson

​

2. “Orang yang memiliki sasaran sukses kerana mereka tahu ke mana akan pergi.” – Earl Nightingale

​

3. “Sasaran itu impian yang memiliki tingkat waktu.” – Diana Scharf

​

4. “Saya tidak boleh mengubah arah angin, namun saya boleh menyesuaikan pelayaran saya untuk selalu menggapai tujuan saya.” – Jimmy Dean

​

5. “Jika Anda bosan dengan kehidupan – Anda tidak bangun setiap pagi dengan semangat menyala-nyala untuk melakukan hal-hal – Anda berertii tidak memiliki sasaran yang cukup.” – Lou Holtz

CHt Mohd Mustaqiim Asmuji.

"

Saya tak sangka pembelajaran yang singkat menjadikan diri saya benar-benar bermakna.

 

Mohd Firdaus, Pahang

"

"

"

Coaching prestasi diri membawa saya kesatu arah kehidupan yang lebih jelas. Tq Che qiim

​

Mariam, Rawang

Profiling diri membantu saya untuk mengenali diri dan orang sekeliling ketika bertugas di pejabat. Menarik diterokai oleh anda selaku penjawat awam.

 

Afnan, Cyberjaya

"

"

"

"

Alhamdulillah. Saya bersyukur pada Allah kerana telah memberi petunjuk dalam kehidupan harian saya. Cuma saya tidak sedar selama ini emosi terlampau mengawal saya. Tq tuan.

 

marianah othman, Sabah

Coaching 3 jam bersama Che Qiim menjadikan saya benar-benar terbuka minda berkaitan arah tuju kerjaya dalam hidup saya.

 

Abe Jie,Selangor

"

"

​© 2017 by Che Qiim

Smart Excel Consultant

*MUDAH* *SISTEMATIK* *BERKUALITI*

  • Blogger Social Icon
  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
bottom of page